WANG KERTAS BERCANTUNG RM5
-for sale-
Wang kertas baru RM5 berwarna hijau yang dikeluarkan pada September 1999 adalah bertemakan "Wawasan 2020". Ia menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju ke arah sebuah negara maju. Bagi RM5 yang merupakan denominasi kelima siri baru yang telah dikeluarkan , sektor pembinaan dipilih sebagai motif reka bentuk utama. Bahagian hadapan wang kertas ini mengekalkan potrel Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong Pertama dalam cetakan intaglio dengan ciri keselamatan antisalinan pendua berbentuk empat segi yang nyata di bahagian tengah wang kertas berkenaan. Reka bentuk utama dibahagian belakang pula memaparkan bangunan seperti KILA, Menara Kembar Petronas dan lakaran peta simbol lambang Putrajaya dan Cyberjaya. Ciri-ciri keselamatan pada wang kertas ini meliputi benang keselamatan dengan teks "BNM RM5" dicetak berulang-ulang, imej tanda bayang tiga dimensi, ciri antisalinan dan benang serat keselamatan pada kertasnya.
SIRI BARU
Wang kertas RM5 berwarna hijau dari siri lama telah dikeluarkan pada bulan Januari 1984. Reka bentuknya adalah berasaskan kepada perhiasan tradisional Malaysia, ukiran kayu, kraftangan dan bunga-bungaan serta vignet bangunan terkenal di ibu Negara. Ia merupakan denominasi kedua dari siri kedua (siri lama). Bahagian hadapan wang kertas RM5 mempunyai potrel Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama. Latar belakang umum reka bentuk pula berasaskan perhiasan tradisional Malaysia, Batik, ukiran kayu, dan lain-lain kraftangan. Reka bentuk utama di bahagian belakang wang kertas adalah vignet Istana Negara, iaitu salah satu mercu tanda di Ibu Negara. Bunga Raya yang merupakan bunga kebangsaan digambarkan pada penjuru kanan bahagian bawah wang kertas tersebut. Ciri-ciri keselamatan wang kertas pula termasuklah benang keselamatan, imej pendam denominasi angka "5", tanda pandang telus dan potret bayang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama.
SIRI LAMA