British North Borneo


BRITISH NORTH BORNEO



STATE FLAGS AND ENSIGN OF
BRITISH NORTH BORNEO CO.


Pada tahun 1865, konsulat Amerika Syarikat syarikat di Brunei, Claude Lee Mosses telah memperolehi perjanjian sewa selama 10 tahun dari pada Sultan Brunei untuk wilayah Borneo Utara. Namun kerajaan Amerika Syarikat yang baru mengakhiri Perang saudara (American Civil War 1861-1865) pada ketika itu tidak berminat  terhadap koloni di Asia. Mosses akhirnya menjualkan haknya kepada Syarikat Americka yang bertapak di Hong Kong, yang dimiliki oleh Joseph W.Torrey, Thomas B. Harris dan peniaga Cina tempatan. Torrey telah menubuhkan sebuah penempatan yang dinamakan Ellena di muara sungai Kimanis. Disebabkan kegagalan mendapatkan bantuan kewangan, ditambah pula dengan masalah-masalah yang melanda di penempatan tersebut, Torrey akhirnya telah meningalkan penempatan tersebut pada hujung tahun 1866.
Apabila perjanjian tersebut hampir tamat tempohnya pada januari 1875, Torrey berjaya menjualkan haknya kepada konsulat Austro-Hungarian di Hong Kong, Baron Von Overbeck. Overbeck berjaya mendapat pembaharuan tempoh selama 10 tahun yang berikutnya hasil perjanjian daripada Sultan Brunei. Beliau juga berjaya mendapat persetujua daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk rancangan beliau di Borneo Utara, Overback telah berjumpa dengan adik-beradik Dent, dan berjaya mendapatkan bantuan kewangan daripada mereka. Namun Overbeck gagal memujuk  kerajaan atas rancangannya di kawasan tersebut. Overbeck telah menarik diri pada tahun 1880, dan Alfred Dent secara langsungnya menjadi pemilik baru penjanjian tersebut.
BERSAMBUNG...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...