Penang






STATUE OF CAPTAIN FRANCIS LIGHT
FIRST SUPERINTENDENT OF PENANG



PULAU PENANG


Pulau Pinang, pada asalnya sebahagian daripada Kedah, telah disewakan kepada Syarikat Hindia Timur British (British East India Company, VEIC) dengan sejumlah pembayaran tahunan pada tahun 1786 kepada Sultan Kedah berserta pemberian perlindungan ketenteraan dari pada ancaman Siam dan Bruma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai peneroka Pulau Pinang, telah mendarat di pulau berkenaan dan menamainya Pulau Putera Wales sempena menghormati keturunan Keputeraan British iaitu pada hari sehari sebelumhari jadi Putera Wales. Kedudukan mereka yang pertama ialah pada Utara-Timur pulau ini yang dinamakan George Town, sempena Raja George Ketiga England. Kedudukan pulau yang berada pada pembukaan Selat Melaka menarik VEIC untuk menggunakan pulau ini sebagai pelaburan semula jadi untuk kapal-kapal perdagangan selain ketenteraan untuk menghalang perluasan kuasa Perancis di kawasan ini. Tampa pengetahuan Sultan Kedah, Light telah bertindak tanpa kebenaran dari VEIC apabila beliau bersetuju memberikan perlindungan ketenteraan kepada pihak Sultan Kedah. Apabila VEIC gagal untuk menberikan perlindungan ketenteraan kepada Sultan ketika diserang untuk Siam, Sultan Kedah bertindak untuk mengambil semula Pulau Pinang pada tahun 1790. Cubaan ini malangnya tidak berjaya dan Sultan terpaksa menyawakan pulau ini kepada VEIC dengan bayaran pampasan tahunan sebanyak enam ribu dollar Sepanyol. Bayaran ini kemudiannya ditambah kepada sepuluh ribu dollar dengan penambahan Seberang Prai kepada Pulau Pinang pada tahun 1800.


PENANG 1 PICE (EAST INDIA COMPANY)
DATE :- 1925 -for sale-

Pada tahun 1826, Pulau Pinang bersamaan dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Negeri-Negeri Selat dibawah pentadbiran British di India, dan beralih terus ke pentadbiran jajahan British pada tahun 1867.Pada tahun 1946 ia menjadi sebahagian daripada Malayan Union, yang kemudiannya menjadi wilayah pada tahun 1948 dan seterusnya mencapai kemerdekaan pada tahun 31 Ogos 1957.
Pada tahun 1786, Dollar Sepanyol dianggap sebagai unit pengiraan piawai pada kadar 100 sen atau Pice bersamaan dengan nilai 1 dollar. Duit syiling tembaga pertama ditempah di Pulau Pinang tidak bertarikh dan bermuka satu (uniface) bernilai 1 sen (Pice) dengan lambang Balemark Syarikat Hindia Timur British. Duit tersebut ditempa antara bulan Mac dan Mei 1786 di kilang wang Calcutta, Bengal, India. Duit syiling ini dibawa masuk oleh Francis Light.
Pada tahun 1787, duit syiling tembaga dengan lambang Balemark dan tulisan Arab "Perrinsa Jezirah ab-Wailis" (Prince of Wales Island) dikeluarkan dengan muka depan syiling 1/2 Cent (Pice) dan 1 Cent (Pice). Manakala, pada duit syiling 1/4 Cent (Pice), muka depannya ditera dengan lambang Balamark
dan tulisan arab "Jezirab ab-Wailis" (Island of Wales).Duit syiling perak tertera tarikh hanya diperkenalkan pada tahun 1788 dengan pengenalan 1/4 Dolar dan 1/2 dolar dengan lambang Balemarkk dan tulisan arab "Jezirah ab-Wailis" . Kesemua duit syiling ini  dikelaskan sebagai Siri Balemark kerana mereka dilambangi Balemark VEIC pada muka depannya
Pada tahun 1805, Negeri-negeri selat telah diletakkan di bawah pentadbiran Presiden India dan menghadapi kekurangan duit syiling. Gabenor telah memperkenalkan duit syiling timah 1 cent (Pice) yang ditempah tempatan. Bagaimanapun, duit syiling timah ini banyak tiruannya sehinggakan pada tahun 1809, duit syiling tembaga  1 cent (Pice) dan 1/2 cent (Pice) terpaksa dibuat di Royal Mint Londan. Akhirnya pada tahun 1812, duit syiling timah tempatan 1 cent (Pice) ditarikbalik dan dimansuhkan apabila duit syiling tembaga baru diperkenalkan.
Pada tahun 1826 VEIC cuba menyatukan mata wang melalui pemilikan British India, telah memaksa Pulau Pinang untuk menukarkan duit syiling Dolar Sepanyol kepada Bengal Sicca rupee dengan 48 cent (Pice) kepada 1 bengal Sicca Rupee. Siri duit syiling ini yang ditempa khas untuk Pulau Pinang berakhir apabila Pulau Pinang , Melaka dan Singapura bercantum menjadi Negeri-negeri Selat.
Akibat daripada sejarah penjajahan yang panjang dan kesedaran akan masa silamnya, banyak bagunan masa penjajahan masih boleh dilihat di Pulau Pinang pada masa ini. Bangunan-bangunan tersebut termasuklah Dewan Perdandaran, Hotel Eastern, Rumah Makamah Lama, Rumah Kediaman Francis Light, sekolah-sekolah dikawasan tinggi, Bangunan Bank Standard Chartered dan bangunan Bank HSBC. Pencinta sejarah tempatan menyeru pihak kerajaan tempatan agar membaikipulih bangunan-banguan lama ini namun sesetengahnya terlalu usang untuk dibaikipulih semula. Ini termasuklah jalan-jalan seperti Beach Street, Union Street, Light Street dan banyak lagi.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...