Jepun



JEPUN



Jepun bercita-cita untuk membina empayarnya di timur sejak 1930an, Niatnya jelas diperlihat melalui deklarasinya "Lingkunggan Besar Asia Tenggara". Sejak tahun 1938 , Jepun telah memulaka rundingan bersama Jerman dan Itali untuk membentuk ikatan tentera. Kemenangan diperolehi oleh pihak Jerman di Europah telah mengukuhkan niat Jepun untuk mengembangkan kuasa penjajahannya terhadap Asia Tenggara. Pihak Nazi pula berharap agar tentera Jepun dapat melenggahkan tentera British dan Amerika di Asia agar Jerman dapat menakluki Soviet Union dengan sepenuh kuasa tenteranya. Akhirnya pada 9hb September 1940, Jerman, Itali dan Jepun telah menandatangani perjanjian masing-masing di Berlin, dan membentuk gabungan yang dikenali sebagai "kuasa Axis". (Pihak British, Amerika dan yag lain-lain pula dikenali sebagai "kuasa Bersekutu") Pada Disember 1941, Jepun telah menyerang Pelabuhan Harbor. Pihak Jerman pula berjaya melenggahkan pihak British di peperangan Eropah selama 2 tahun. Ini justeru membukakan peluang keemasan kepada Jeneral Jepun  Jeneral Tomoyuki, yang digelar sebagai "harimau Malaya" (Tiger of Malaya) terhadap penaklukan Tanah Melayu.

 Tomoyuki Yamashita

Penyerangan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan tenteranya di kelantan dan bahagian selatan negara Thai, namun tentera Jepun berjaya menyerbu dan membinasakan lebih daripada seratus buah kapal terbang angkatan tentera udara British, termasuk 2 kapal perang laut utama. Pada 31hb Januari 1942, Semenanjung Tanah Melayu telah jatuh  ke tangan tentera Jepun, dan pada 8hb Februari, tentera Jepun telah menyerang Selat Johor , akhirnya pada 15hb Februari, pihak tentera British telah mengibarkan bendera putih, setelah tewas di tangan tentera Jepun.

Tentera Jepun

 
BERSAMBUNG...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...