Sarawak



SARAWAK




SIR JAMES BROOKE
24.9.1868 - 11.6.1868

SIR CHARLES JOHNSON BROOKE
3.8.1868 - 17.5.1917

SIR CHARLES VYNER BROOKE
24.5.1917 - 1.7.1946 



Pada kurun ke 16, Kesultanan Brunei memperluaskan kekuasaannya ke negeri Borneo, termasuk pinggiran bahagian Sarawak. Pengiran Mahkota mewakili kerajaan Kesultanan Brunei dalam mentadbir negeri Sarawak.Sultan Brunei mengarahkan penduduk tempatan untuk membayar cukai. Kesemua komoditi tidak dibenarkan diperdagang secara bebas, sebaliknya terpaksa diserahkan kepada kerajaan Sultan yang memperoleh keuntungan yang tinggi hasil daripada barangan komoditi ini. Akhirnya pada tahun 1837, penduduk tempatan tidak ingin menanggung kadar cukai yang tinggi justeru memberontak terhadap kerajaan kesultanan. Pengiran Muda Hasim telah diarahkan oleh Sultan untuk menghalang pemberontak ini, namun usaha beliau gagal. Pada tahun 1840, beliau meminta pertolongan daripada Sir James Brooke dan berjaya mendapat kemenangan. Sir James Brooke telah dihadiahi sebidang tanah yang luas dan digelari sebagai ''Raja Putih Sarawak" . Sir James Brooke juga berjaya menanggani beberapa pemberontakan dan perolakan  politik yang berlaku antara tahun 1853 sehingga 1905, dan hasilnya beliau memperluaskan wilayahnya sehingga seluruh negeri Sarawak.
Negeri Jepun menyerang pada tahun 1941 dan memperoleh Miri pada 16 Disember, Kuching pada 25 Disember dan Sibu pada 27 Disember. Bagaimanapun negeri jepun menyerah kalah pada 1945 meninggalkan peristiwa-peristiwa pahit selama 3 tahun 8 bulan. Tidak lama selepas penerokaan, Charles Vyner Brooke mendapati beliau tidak berupaya untuk mentadbir tanah yang luas ini telah memberikan haknya kepada Empayar British pada 8 Disember 1946 akibat tekanan daripada Empayar berkenaan. Seteruenya ia menjadi anggota negeri Wilayah Malaya pada 16 September 1963, biarpun terdapat bantahan daripada sesetengah penduduk tempatan.
Keluarga Brooke telah mengeluarkan duit syilingnya yang pertama pada tahun 1842, diperbuat daripada tembaga mengandungi tarikh James Brooke menjadi Raja Putih "SEPT 24 1841". Pada muka depannya tertera gambar binatang badger, tulisan J.B. dan muka belakangnya tertera tulisan Arab "satu keping" One Piece dan tarikh 1247 A.H. (bersamaan tahun 1831). Pada tahu 1863 pula, duit syiling sebanyak 1/4,1/2 dan 1 sen ditera dengan potret Sir James Brooke. Menjelang tahun 1870 ke 1897, duit syiling 1 sen ditera dengan potret James Brooke.

1 CENT CHARLES JOHNSON BROOKE SARAWAK
DATE :- 1891 -for sale-

Bagaimanapun, eksport duit telah dilarang pada tahun 1891. Sejak tahun 1892 hingga 1987, duit syiling tembaga bernilai 1 sen ditera dengan potret Raja yang lebih kecil dan terdapat lubang ditengahnya telah ditempa. Duit syiling 1,5 dan 10 sen ditempa dari tahun 1920 hingga 1934 dengan potret Sir Charles Vyner Brooke, diikuti dengan syiling gangsa 1 sen antara tahun 1927 hingga 1941 dan duit syiling 1/2 sen pada tahun 1933. Duit syiling 5,10 dan 20 sen telah dikeluarkan pada tahun 1920 dan diikuti oleh duit syiling 20 dan 50 sen pada tahun 1927.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...