KEUNIKAN MALAYSIA




MALAYSIA SIRI KETIGA

A.D 2011 -for sale-



SULUR KACANG 50 SEN


Motif sulur kacang pada duit syiling 50sen amat terkenal kerana sering digunakan para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak meraka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.


BUNGA MELUR 20 SEN

Bunga Melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaun utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain desta siga.


MOTIF ORANG ASLI 10SEN

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersebut yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.


DESTAR SIGA 5 SEN

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum kadazan dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan serikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, desta siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.


CIRI-CIRI AM

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbezaa, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen ) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip rukun Negara. Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...