RM50 COMMONWEALTH GAMES




SUKAN KOMANWEL XVI-KUALA LUMPUR 98



-for sale-

No.Order : SC11


Wang kenang-kenangan RM50 ini merupakan wang polimer yang pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia


Saiz 125X76mm


Motif reka bentuk hadapan menggambarkan potret Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama di sebelah kanan dan bangunan latar langit Kuala Lumpur berserta dengan beberapa mercu tanda utama di bahagian tengah. Corak abstrak rama-rama ''Look Programme'' Sukan Komanwel berserta Alat Variabel Optik (AVO) berwanar kuning keemasan dengan potret Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong yang pertama pada tingkap pandang telus kelihatan di sebelah kiri. Logo Bank Negara Malaysia kelihatan pada tingkap pandang telus yang lain di sebelah kanan wang berkenaan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur digambarkan sebagai latar belakang di bahagian tengah wang berkenaan. Di sebelah kanan dipamerkan bayangan artis mengenai reka bentuk latar belakang koridor Raya Multimedia yang menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru. Reka bentuk bahagian belakang mempamerkan Stadium Utama Bukit Jalil di tengah-tengah. Logo Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur 98 kelihatan di sebelah kiri warna berkenaan.




Wang Polimer RM50 dikeluarkan bagi memperingati sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur 98, satu acara sukan terunggul di Malaysia. Wang polimer yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama SUKOM NINETY EIGHT BERHAD bukan sahaja suatu koleksi kenang-kenangan. Ia lebih merupakan cenderamata yang akan mengingatkan dunia bahawa Malaysia adalah destinasi sukan bertaraf dunia. Wang polimer ini dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...