1990





KELUARAN KHAS DAN TERHAD



-for sale-


Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan matawang Malaysia pada 12hb Jun 1967. Keluaran pertama duit syiling Malaysia adalah terdiri daripada 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen.


Serentak dengan pengeluaran duit syiling tersebut, Bank Negara juga mengeluarkan wang kertas yang jenisnya terdiri daripada $1, $5, $10, $50 dan $100. Wang kertas untuk jenis $1000 dikeluarkan pada tahun 1968 sementara wang kertas untuk jenis nilai $20 dan $500 dikeluarkan pada tahun 1982.


Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling rekabentuk baru bagi jenisnilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan $1 pada 4hb September, 1989. Pengeluaran duit syiling rekabentuk baru ini adalah bertepatan dengan waktunya memandangkan duit-duit syiling siri lama telah berada dalam edaran selama 20 tahun. Rekabentuk bagi duit-duit syiling siri baru ini adalah lebih mirip kepada identiti Malaysia dengan menggambarkan artifak-artifak budaya di negara ini.



1 RINGGIT


( KERIS )


Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran beraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni. Rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan songket.


Di bahagian belakang mengambarkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya terletak pada bahagian tengah atas duit-duit berkenaan dengan angka jenisnilai di bawahnya. Perkatan BANK NEGARA MALAYSIA terdapat di sepanjang lilitan sebelah atas duit syiling tersebut manakala tahun yang menunjukkan duit syiling tersebut ditempa, terletak di bahagian bawahnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...